BONJOUR LOVE


Khamis, 24 Januari 2013
Tips kecilkan pori wajah at 12:36:00 PG


Hari ni terasa rajin pula nak berkongsi tips tentang kecilkan pori wajah. Semua orang ada pori pori. bezanya, sama ada ia kelitahan atau tidak. Berikut adalah tip untuk mengecilkan pori-pori wajah secara efektif


1. Cari penyebab utama ukuran pori-pori semakin membesar. Genetik memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan ukuran pori-pori. Bukan itu sahaja, minyak pada kulit secara natural juga antara yang menentukan ukuran pori-pori. Tubuh menghasilkan sebum (minyak kulit) secara semula jadi untuk mencegah kulit daripada kekeringan.
 
Jika anda memiliki kulit yang sangat berminyak, kotoran akan mudah menempel dan mengendap dalam pori-pori sehingga membuatkan pori-pori semakin membengkak dan meregang. Setelah tahu puncanya, lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.
 
2. Gunakan topical retinoid solution untuk merawat kulit wajah. Ia akan membantu melarutkan bakteria pada kulit dan meminimumkan kerosakan akibat jerawat dan matahari.
 
3. Jaga pori-pori agar sentiasa bersih. Gunakan pembersih kulit wajah setiap hari dan setiap kali setelah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali untuk menghilangkan lapisan kulit mati. Produk pengelupasan harus digunakan sesekali sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit kering sehingga mengeluarkan lebih banyak minyak.
 
4. Gunakan pelembap wajah yang tidak menyumbatkan pori-pori. Hindari pelembap yang mengandungi minyak dan mulailah menggunakan pelembap non-comedogenic.

Label: , ,

xoxo,
you know you love me



0comment(s)
5 Rahsia Turunkan Berat Badan! at 12:13:00 PG




Setiap orang pasti mengimpikan berat badan yang ideal bukan? Namun, untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan itu bukanlah satu yang mudah. Oleh itu, jom kita pelajari lima rahsia yang perlu anda ketahui ketika menurunkan berat badan.
 

1)    Menahan lapar bukanlah segalanya!

Anda perlu tahu, teknik ‘berlapar’ bukanlah teknik yang betul untuk anda menurunkan berat badan. Cuba aturkan sesi pemakanan kamu dengan menggunakan pola yang betul dan seimbang.

 

2)    Elakkan daripada menimbang!

Jika anda kerap menimbang sepanjang kamu sedang berdiet, ia akan menyebabkan anda cepat berputus asa dan kecewa sekiranya berat badan anda mengambil masa yang lama untuk turun.

 

3)    Pasang Sasaran

Sekiranya anda mempunyai niat tapi tidak mempunyai sasaran, ada kemungkinan segala niat kamu untuk menurunkan berat badan boleh terbatal. Jadi, untuk menjayakannya kamu harus memasang sasaran mengikut kemampuan diri. Contohnya seperti sebulan anda perlu menurunkan sekurang-kurangnya lima kilogram.

 

4)    Banyakkan minum air putih

Ramai yang beranggapan kerap minum air akan menyebabkan water retention. Namun, jangan terkejut kerana air sebenarnya mampu membantu anda menurunkan berat badan! Ini kerana air bukan sahaja berfungsi untuk membuang toksin dalam badan malah ia juga dapat membantu kamu daripada terlebih makan. Tapi harus diingatkan! Tidak bermakna anda harus kerap minum air manis. Takut-takut penyakit lain pula yang datang.

 

5)    Rajinkan diri kamu!

Tiada guna kalau anda hanya ‘mengikat perut’ sahaja. Jadi rajin-rajinkanlah diri untuk bergerak dan mengeluarkan peluh. Teknik ini pasti akan mempercepatkan proses pembakaran lemak-lemak tepu yang terkumpul dalam badan, selain dapat meningkatkan kadar metabolisme anda.


Label:

xoxo,
you know you love me



0comment(s)

Search


The Queen

Hi. My name is Aisyah. Sixteen. You know, I am actually Gossip Girl. Shhhh. Don't tell anyone though. You know you love me.... more


Wishlist

Umrah
Live without Parasit
Get Suprise
Find out where Georgina Sparks is hiding
Besyafiyu always together


Blogroll

Linkie Linkie Linkie Linkie
Linkie Linkie Linkie Linkie Linkie Linkie
Linkie Linkie Linkie Linkie
Linkie Linkie Linkie ... more


Tagboard




Archives

Mac 2011
Julai 2011
Ogos 2011
Oktober 2011
November 2011
Disember 2011
Februari 2012
Januari 2013



Credits

This blogskin is proudly brought to you by Mrs. Chuck Bass, with a lil' help of Sya with the basecodes. Thanks to Enlaced for the pretty icons and Tumblr for the inspirations.
© All Rights Reserved